TAFSIR AL-AZHAR (SET LENGKAP 30 JUZUK)
ISBN: exclusive-soft-cover
Penerbit: PTS
Penulis: Hamka
Tahun Terbitan: 2019
Halaman: Hitam Putih
Format: Softcover
Berat (kg): 13.710
Dimensi (cm): 25cm x32cm x 27.5cm
harga: RM700 - RM750 sabah/serawak

 

Apa bagusnya Tafsir Al-Azhar ini?

 

Ada lima sebab utama:

1. Bahasanya mudah dan indah.

2. Tafsirannya dekat di hati.

3. Penafsirnya adalah ulama yang diperakui oleh para tokoh agama.

4. Format buku biasa yang mudah dibawa ke sana sini.

5. Pakej lengkap 30 buku, 30 juzuk Al-Quran pada harga ekonomi.

 

Mengapa tafsir Al-Azhar perlu ada di rumah kita?

 

1. Kerana ia mengandungi pelbagai bidang ilmu, ditafsirkan dalam bentuk yang ringan lagi mudah difahami.

2. Kerana ia disulami dengan bahasa Melayu indah Buya Hamka yang tak jemu dibaca berulang-ulang kali.

3. Kerana ia ditulis dengan citra Melayu yang mana contoh dan konteks yang dekat dengan masyarakat dan budaya Melayu nusantara.

4. Kerana di rumah sudah ada Quran, Quran terjemahan tetapi tiada tafsir Al-Quran.


JOM Beli Sekarang !!https://tafsiralazhar.com/buynow



 

 


Assalamualaikum, selamat datang ke blog belajar kaedah jibril. Bagi anda yang ingin belajar menghafal al-quran dengan mudah dan cepat saya sarankan anda membaca dulu buku " MUDAHNYA HAFAL AL-QURAN MENGGUNAKAN KAEDAH JIBRIL"



Dapatkan Buku ini sekarang!! anda boleh order di Lazada @ shoppe











Assalamualaikum, sahabat dan rakan semua..pernahkah anda membaca al-Quran namun anda tidak pasti dengan bacaan..samaada bertepatan dengan sebutan yang sebenar dan bertajwid.

Alhamdulillah, kini dengan ada teknologi dan inovasi dalam membaca al-quran, maka terhasillah pen digital al-Quran yang sedikit sebanyak membantu kita membaca al-Quran dengan baik.

Walauapaun, kaedah berguru adalah yang paling utama..pen digital adalah sebagai alat bantuan sahaja.





Assalamualaikum, dan Salam Ramadhan. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang ke blog 'belajarkaedahjibril'. Kali ini saya akan berkongsi dengan tuan-tuan Klip Video Kaedah Mudah Menghafaz al-Quran bersama Ustaz Asraff Ayob al-Hafiz semasa perkongsian beliau di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Untuk lebih mendalami anda boleh mendapat CD beliau cd kaedahjibril . Saksikan bagaimana kaedah Jibril yang diajar oleh Ustaz Asraff Ayob al-Hafiz.


Semoga tayangan video klip ringkas ini dapat memberi manfaat untuk tuan puan mempelajari kaedah mudah hafaz al-quran dan mengajarkannya pula untuk anak-anak. Semoga usaha kita di terima Allah S.W.T dan diberkati-Nya.


1.DOA PEMBUKA
 
Doa adalah perkara utama yang wajib dilakukan seorang penghafaz al-quran,sebabnya kita sedang berbicara dengan kalam ALLAH.Berdoalah walaupun dengan hanya al-fatihah...tapi di sini ana kongsikan doa hafazan yang khusus...Sebagai pembuka..:
( i ) istighfar (7x)
( ii )selawat ke atas baginda rasulullah (7x)
(iii)inna nahnu nazzalna.......(surah al-hijr-ayat 9) (7x)
(iv) al-fatihah

2.MULA DENGAN MEMBACA SATU LEMBARAN.

--- > Baca secara berulang-ulang.Baca,bukan menghafal....Banyak hikmahnya,selain daripada kaedah mudah mengingat,ia juga merupakan fokus utama untuk mengelak kesalahan tajwid disamping memudahkan kita mengingat kedudukan ayat apabila kita mula menghafal nanti...kadar bacaan yang diperlukan adalah 20 kali dan ke atas..Pastikan tidak kurang daripada 20 kali..Ulangan peringatan,hanya membaca iaitu dengan meneliti ayat,kalimah dan baris.Permulaannya nampak susah,tapi sesiapa yang mencuba insyaALLAH senang.WALLAHUA'LAM

3.MULA DENGAN MENGHAFAL SATU LEMBARAN.

 
Bermula dengan langkah menghafal ayat pertama.Ulang ayat tersebut sebanyak 20 dan lebih.Kalau dah boleh,teruskan dengan menghafal ayat kedua,juga dengan cara yang sama iaitu mengulang sebanyak 20 kali dan lebih.Kemudian ulang menghafal ayat pertama dan disambung dengan ayat kedua(tanpa melihat mushaf).Kemudian sambung hafalan dengan ayat ketiga,ulang 20 kali dan lebih.Mula semuala hafalan daripada ayat pertama hingga ayat ketiga hingga lancar sambungan dari ayat ke ayat..Sama dengan ayat seterusnya....WALLAHUA'LAM.

4.SESUDAH MENGHAFAL SATU LEMBARAN.

Sebaik habis menghafal dari atas hingga ke bawah,ulang semula menghafal satu lembaran tanpa melihat alquran.Ulang dan ulang dan pastikan hafalan tersebut lancar.Pastikan kepala ayat dan ayat paling bawah kekal diutamakan mengingat supaya tidak keliru jika berpindah ke lembaran seterusnya...


5.DOA PENUTUP

Sebagai penutup kepada hafalan baru ada doanya yang khusus.Doa penutup kepada hafalan al-quran banyak tapi antara yang paling senang adalah dengan membaca "allahummar hamna bil quran,waj'al hulana imaman wa nuuran wa hudan wa rahmah........doa ini insyaALLAH memang lazim didengar dalam bentuk lagu ketika berakhirnya majlis-majlis alquran,cari di google insyaALLAH jumpa..WALLAHUA'LAM.

5.TASMIK.

Pelajar yang memang menghafal al-quran tasmik dengan guru pentasmik masing-masing,lazimnya masa tasmik adalah waktu pagi bagi penghafaz-penghafaz al-quran.Bagi yang bukan penghafaz al-quran,anda sudah tentu mempunyai kekangan masa disebabkan kerja lain..Oleh itu,ana sarankan cari waktu yang sedikit lapang sekitar  1-3 jam untuk memulakan hafalan anda.Waktu terbaik adalah sebelum masuk waktu subuh dan waktu malam selepas mghrib dan selepas isyak.Kemudian cari sesiapa saja yang anda rasa berkebolehan dalam tajwid bagi memperdengarkan hafalan anda.Apabila menghafal,kita wajib mentasmik hafalan kita kerana ini adalah satu kewajipan dalam menghafal al-quran sebagai bukti kita ingat ayat tersebut walaupun ada orang lain sedang mendengar.

Assalamualaikum, kepada semua pembaca blog saya.

betapa gembiranya sekiranya kita dapat menghafal 30 juz al-Quran, sekurang-kurangnya surah lazim...lebih-lebih lagi al-Fatihah yang merupakan nadi al-Quran. tanpa kita sedari ramai yang masih lagi jahil dalam mendalami ilmu al-Quran, walhal masa diberikan Allah begitu luas..untuk hambanya mencari ilmu agama dan mendalaminya. Soal sibuk itu hanyalah alasan yang direka-reka.

Sekiranya kita pandai mengurus masa, Insyaallah ianya mudah sebenarnya. Sehari sekurang-kurangnya kita ambil masa 3 jam untuk mendalami ilmu Allah..samaada melalui kelas-kelas agama, ceramah-ceramah agama, media elektronik dan sebagainya.

Jadilah kita hambaNya yang tahu menghargai masa. sebagaimana firman Allah dalam surah al-Asr.."sesungguhnya manusia dalam kerugian"...fikir-fikirlah.

TEKNIK MENGHAFAL QURAN
Assalamualaikum. Kepada sahabat-sahabat yang ingin menghafal al-Quran, saya kongsikan beberapa tips bagi memudahkan kalian untuk menghafalnya. Mudah-mudahan berkesan, insyaAllah 

Sebelum menghafal
1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal
A. Teknik “Chunking”
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur’an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.
B. Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur’an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.
C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.
E. Teknik Mendengar Kaset
1. Pilih seorang qari’ yang baik bagi seluruh Al-Qur’an atau beberapa qari’ bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari’ tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari’ tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur’an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.
F. Teknik Merakamkan Suara
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.
G. Teknik Menulis
1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu’, atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.
H. Teknik “Pointers” dan “Keyword”
1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.
I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.
J. Teknik “Mindmaping”
1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu’. Tulis ayat pertama rubu’ tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu’.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu’.
Mengekalkan Hafalan
1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.

;;