Assalamualaikum, kepada semua pembaca blog saya.

betapa gembiranya sekiranya kita dapat menghafal 30 juz al-Quran, sekurang-kurangnya surah lazim...lebih-lebih lagi al-Fatihah yang merupakan nadi al-Quran. tanpa kita sedari ramai yang masih lagi jahil dalam mendalami ilmu al-Quran, walhal masa diberikan Allah begitu luas..untuk hambanya mencari ilmu agama dan mendalaminya. Soal sibuk itu hanyalah alasan yang direka-reka.

Sekiranya kita pandai mengurus masa, Insyaallah ianya mudah sebenarnya. Sehari sekurang-kurangnya kita ambil masa 3 jam untuk mendalami ilmu Allah..samaada melalui kelas-kelas agama, ceramah-ceramah agama, media elektronik dan sebagainya.

Jadilah kita hambaNya yang tahu menghargai masa. sebagaimana firman Allah dalam surah al-Asr.."sesungguhnya manusia dalam kerugian"...fikir-fikirlah.

0 comments: